Dalam beberapa jam lagi, kita akan meninggalkan 2012. Cepat sungguh masa berlalu...rasanya baru je semalam masuk 2012.. masih ingat lagi tahun lepas (2011)....waktu-waktu mcm ni kami masih sibuk berada di kampus, walaupun pada masa itu adalah cuti pertengahan semester, berbengkel untuk Chammak Chenta..what a lovely memory dan masih ingat lagi..detik 12.00 tengah malam 2011 kami masih berada di Dewan Utama.
Tapi itu semua kenangan...kenangan melewati masa dan keadaan...2012 adalah tahun yang paling happy, tahun yang paling kurang mencabar dan tahun yang paling leisure. Mungkin kerana sentiasa dikelilingi dengan orang-orang yang tersayang, yang kadang kala menimbulkan rasa tidak puas hati bagi orang lain. Saya tahu, banyak perasaan yang terkorban dan sakit hati kerana kami. Mungkin saya leka bahawa ramai lagi orang yang sepatutnya saya sayang dan ambik berat, yang telah saya abaikan....I am so sorry. If I can, I want to say let me feel this for one last breath because I wont feel again after this...dan biarlah saya jalani hidup saya yang bahagia ini, walaupun buat sementara waktu.
What ever people may think about him, me and us, ia tidaklah seperti itu dan apa sahaja orang mau cakap mengenai saya - saya bodoh - buang masa - buang perasaan atau apa sahaja...saya abaikan..memang saya marah...tapi saya tidak boleh kata apa apa kerana itu adalah apa yang korang fikirkan. Cuma saya tahu...one fine day, all of you are just wrong because he is not what you been thinking of. Percayalah!
Saya mahu tinggalkan 2012 dengan rasa penuh kesyukuran dan happy, syukur kerana di beri nafas, tenaga dan rezeki yang berpanjangan. Alhamdulilah..semoga 2013 juga dilimpahi rezeki yang berpanjangan...but for sure 2013 akan menjadi tahun yang penuh cabaran baik dari segi kewangan, kerjaya dan masa depan. Saya tahu..cuma biarlah masa yang menentukan. So...selamat tahun baru, saya tinggalkan dengan dua lagu palinggggg fav..satu lagu sedih, satu lagi happy...
No comments:
Post a Comment