Saya mempunyai hanya seorang anak saudara lelaki..namanya Haikal, anak kakak saya...tahun depan dia masuk darjah 4. Haikal seorang kanak-kanak yang cerdik dan tak susah nak jaganya...cuma makan tu dia memilih juga..kurang makan nasi kecuali ada lauk fav nya.
Semasa dia berumur 6-7-8 tahun camtu..saya baru je kerja dan baru membeli kereta dan selalu juga balik ke Dungun during the weekend. Kalau dah balik Dungun biasalah saya akan ke kedai membeli barang-barang keperluan dapur untuk emak atau lauk pauk..biasanya Haikal akan merengek untuk ikut sama...kadang-kadang dia tak cakap nak ikut, tapi tengok muka dia pun dah tahu dia nak ikut...pantang kita pelawa sikit terus dia sibuk nak tukar baju, seluar dan cari selipar..terkedek dia berlari ke sana ke sini. Tapi selalunya saya la yang selalu menghampakan dia..tak mahu ajak dia bersama..walaupun dia memang sangat sangat nak ikut keluar...
Now, dia dah nak masuk darjah 4, pada tahun hadapan, maksudnya dah berumur 10 tahun. Tiap kali saya balik ke Dungun dan ingin keluar membeli barang...dia dah tak mahu ikut...even ajak ke McD or KFC pun dia dah tak minat...sebut la apa jenis mainan yang dijual pun dia dah tak mahu..ajak la mcam mana pun..dia takkan ikut...bagi dia stay kat rumah tengok tv atau main dgn kucing lagi bagus. Mungkin dia dah besar atau mungkin dia pernah merajuk dengan saya? Kesal pun ada jugak...walaupun bukan anak sendiri, tetapi saya sudah terlepas quality time dengan Haikal semasa dia membesar.
Saya rasa mungkin ganetik kot..saya pun seperti itu juga mudah merajuk dan terasa hati. Kalau terasa hati, saya pendam saje..saya jarang luahkan pada orang..kadang-kadang tak pernah luahkan pada sesiapa... walaupun sebenarnya saya lah tempat rakan-rakan meluahkan perasaan. Hati dan perasaan saya tak pernah ada yang mahu ambil tau..kalau saya terasa hati...saya rasa jauh hati sangat-sangat...saya akan duduk sorang-sorang dan kadang-kadang menangis sorang-sorang. Memang perangai saya kalau mahukan sesuatu saya akan usaha untuk mendapatkan...kalau janji pun saya cuba tunai dan kalau orang berjanji dengan saya pun saya harap orang itu akan tunaikan juga...kalau dia mungkiri..saya rasa jauh hati sangat-sangat..rasa terkilan dan terasa air liur begitu pahit untuk di telan.
Kalau awaklah tempat saya meluahkan perasaan dan berkongsi cerita dan rahsia saya..maksudnya awak adalah seseorang yang sangat-sangat istimewa dalam hidup saya. Sebab saya tak berkongsi cerita saya pada semua orang..hatta dengan family saya sendiri pun. Saya harap kepada mereka yang saya berkongsi cerita dan rahsia itu, dont break my heart into pieces sebab awak adalah seorang yang amat bermakna dalam hidup saya.
No comments:
Post a Comment