6
November 2012
Malam
tadi janji dengan Jay untuk datang pick up kul 9.00 pagi. Lepas breakfast kat chalet tu (yang tak
berapa nak feel tu), terus kami bergegas ke main road. Cuak jugak mula-mula sebab tunggu punya
tunggu, punya la tunggu Jay takde...aduh..ingat dah kena kencing dah...rupanya
dia tunggu kat simpang tu jugak..Cuma kita orang yang tak perasan sebab kita
orang jalan bahagian atas (kat kaki lima kedai). So dalam kul 9.15 kami bergerak ke our first
destination – Batuan Temple.
 |
Bread and omelet |
 |
Sandwich |
 |
Bermonolog? |
Batuan
Temple.
Batuan
temple ni adalah temple yang agak besar, dikelilingi tembok tinggi yang penuh
dengan ukiran menarik. Sebelum masuk ke
temple tu kena pakai kain dulu yang di sediakan oleh orang-orang temple.
Bila dah pakai, baru lah boleh masuk ke kawasan temple tersebut. Pusing-pusing sambil ambik gambar sampai
nampak satu group wanita yang tengah menyediakan canang sari (box yang dibuat
daripada daun kelapa untuk tujuan sembahyang).
So we all pun gi la sana...bergambar segala sampai nenek tu tanya aku
“mau sembahyang kah?” Aik? Haha pastu aku cakap eh tak mau tak mau...berkerut
nenek tu..mungkin dia tak tahu aku ni Islam kot? Hahh..pastu ambik lagi gambar
sampai nenek tu tegur “nggak ada oleh oleh untuk nenek kah? Hmm aku terus bagi
RP5,000.00 ..senyum je nenek tu..Rp5000 lebih kurang RM2.00 kot? More or less.
 |
Posing kat dalam |
 |
Posing lagi |
 |
Posing bersama Canang Sari (kat tangan tu). Tujuan adalah utk sembahyang | | |
 |
Nenek yang pau RP5000... |
 |
3 Of us..gemok gemok ye! |
 |
Sebelum masuk ke temple tu, kami dikehendaki memakai kain ini. |
Mandala Wisata Wenara Wana
Lepas tu kami terus bertolak ke sacred monkey forest sanctuary. Kat tempat ni, memang banyak monyet. Monyet2 ni di anggap suci dan di kawal oleh pawang-pawang yang sentiasa ada di sini. Boleh beli pisang kat pintu masuk untuk diberi pada monyet2 tersebut. Entrance fee adalah RP20,000 atau lebih kurang RM6.
 |
hmm hmm |
 |
Nunu bersama monyet |
 |
kat bekang tu adalah dewa dewa |
 |
Posing kat lereng bukit |
 |
Lereng bukit lagi..bawah tu air kotor |
 |
Air terjun..cantikkan? tapi kotor |
 |
kat tepi Aizat tu adalah temple |
Monumen
Perjuangan Rakyat Bali, Denpasar
Then
we went to visit Monumen Perjuangan Rakyat Bali. Bangunan ni memang sungguh unik dan berwarna
hitam. Tengah2 bangunan tu ada satu
menara yang tinggi sangat..mungkin setinggi 5 tingkat (more or less). Dalam kawasan building tu sendiri penuh
dengan ukiran-ukiran dewa-dewi. Dalam
bangunan ni sendiri banyak cerita-cerita mengenai asal usul kewujudan Bali dan
juga penentangan rakyat Bali terhadap penjajah seperti Jepun dan Belanda.
 |
Di hadapan Monumen Perjuangan Rakyat Bali |
 |
Posing sikit |
 |
Ni kat level pertama kot? |
 |
View dari menara atas..360 degree view |
 |
Posing kat atas |
 |
Posing kat atas jugak.. |
Lepas
tu lunch di warong yang menyediakan makanan kampong..memang sedap sebab
makanannya sama macam Malaysia dan amattt murah...hehehe
 |
Nasi campur..masakan kampong |
 |
Tag harga makanan kita orang |
 |
Suasana dalam Warong Sederhana tu |
Lepas
tu kami terus bergerak ke Dreamland Land Beach ataupun lebih dikenali dengan
New Kuta Beach. Tanah ni dimiliki oleh
Tommy Suharto, anak bekas Presiden Suharto.
Tanah ni besar ya amat...rasanya mau sebesar Chendering...tanah ni dulu
dipenuhi dengan penduduk-penduduk kampong tapi semuanya sudah diusir keluar
gara-gara Tommy mahu memiliki tanah tersebut.
Projek pembangunan masih diteruskan dan dikiri kanan jalan memang dah
wujud villa, hotel dan golf courses yang bertaraf 5 bintang. Kawasan ni amat popular untuk surfing kerana ombak
nya boleh tahan besar.
 |
Dari pintu gerbang tu, nak ke pantai kena naik kenderaan yg macam tut tut ni |
 |
Belakang tu view pantai |
 |
Di pantai |
 |
Di pantai |
 |
Di pantai..belakang bukit org memanjat beli aiskrim kat atas tu |
 |
Lepak dulu sebelum buat kerja gila |
 |
Posing dgn ombak yang besar kat belakang tu |
 |
Basah kuyup! |
 |
Dilambong ombak? |
 |
Basah kuyup! |
 |
view pantai yang agak sesak |
 |
Berehat minum air dulu.. |
 |
Beli seluar baru sebab seluar dah lencun |
 |
Seluar dan baju baru |
Lepas
tu kami terus menuju ke Uluwatu untuk menyaksikan tarian Kecak atau tarian
tangan. Uluwatu Temple ni adalah kawasan
yang bercliff dan amat cantik especially during sunset! So boleh ambik masa
untuk bergambar di cliff dan juga menyaksikan tarikan kecak. Bayaran masuk untuk domestic adalah RP15,000
or lebih kurang RM5.00.
 |
Kain ungu di pakai untuk masuk ke kawasan temple ni |
 |
Belakang tu tempat beli tiket |
 |
Tengah baca mandrem |
 |
Three of us..cantikkan view belakang tu |
 |
Cantikkan view bawah? |
 |
Posing mulut itik |
 |
Baca mandrem lagi |
 |
Ready to watch the show |
 |
Show bermula |
 |
Bergambar bersama penari-penari kecak |
So dah habis
menyaksikan tarian kecak, kami terus balik ke Kuta, kerana terlalu penat, badan
pun dah belengas main ombak petang tadi.