Tajuk dah cam tajuk lagu Yuna kan? Ye saya seorang penakut..penakut kalau duduk sorang walaupun hakikatnya saya memang tinggal seorang...
Saya mula berhijrah dari Shah Alam ke Chendering pada Julai 2007 dan berjaya mendapatkan rumah di Chendering selepas itu. Masa saya datang untuk melapor diri, saya tiada kawan-kawan di sini...mujurlah nasib saya agak baik, tu pun dengan usaha gigih ayah menolong saya mencari rumah sewa dan akhirnya jumpa juga rumah dengan kadar sewa yang cukup murah.
Bermula saat itulah saya tinggal seorang, sehinggalah sekarang. It has been almost more than 5 years that I live alone. Saya memang penakut..walaupun sudah lama tinggal seorang. Saya masih tidur dengan lampu tidur, pada waktu malam saya akan bukak semua lampu termasuk lampu dapur dan lampu bilik tidur dan bilik pakaian walaupun saya sedang menonton tv di ruang tamu, mahupun online. Saya tidak pernah tidur di ruang tamu kerana saya fobia tidur di ruang tamu. Saya seorang yang takutkan ruang yang besar especially semasa tidur di waktu malam.
Apabila saya masuk ke bilik tidur untuk tidur di waktu malam, saya akan pastikan lampu tidur terpasang, dan pintu bilik di tutup..tapi tidaklah sampai dikunci..itupun kerana kunci sudah rosak..kalau tidak rosak harus dikunci jugak. Semasa Lokman masih belajar di sini, sekitar 2007-2010 I think, saya kerap bersms dengan Lokman kalau saya rasa tidak sedap hati, Lokman banyak beri nasihat dan doa-doa yang berguna untuk saya amalkan pada waktu itu. Now Lokman sudah tiada kerana menyambung pelajaran di Shah Alam.
Sekarang saya kerap berhubung dengan seseorang kalau saya takut hendak tidur di waktu malam dengan cara sms or call. Dia juga selalu menasihati saya dan macam macam lah..tetapi sebelum itu dia biasanya akan menganjing dulu dan menakut-nakutkan dulu baru beri nasihat yang menyenangkan. Ok, it is not so sweet ok..especially when I accidentally woke up at 3 or 4 am.
Hari ini, as we sms like usual, dia ada menulis sesuatu yang agak menyentuh perasaan. Sms itu bermula apabila dia reply sms and say sorry kerana lewat reply kerana tertidur petang..
Me: Untung la dapat tidur petang..I now no longer tidur petang.
Dia: Kenapa tak tidur petang? takut ek?
Me: Mana tau? Memang pun..takut....
Dia: Agak dah..nanti kalau kita takde camana? Takkan nak jadi camni aje. Better suited yourself with this situation first.
Me: If you're not around, I'll move on and try to survive. Yeah, it will be hard for me, but I will try to move on. Maybe it will take sometimes, but I will manage it.
Ye, sms yang agak menyentuh perasaan..tak perlulah nak tanya siapa dia...yang pasti, saya adalah seorang penakut dari dulu sampai sekarang...Sekian.
No comments:
Post a Comment