Owh no! Baru ada peluang nak menulis kat blog ni..maklumlah cuti raya lama kan..jadi berehat pun lama la jugak!
Raya kali ni jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012...macam biasa..raya bagi aku yang dah berumur ni lain sikit..kemeriahan biasa-biasa je...kemeriahan hanya dapat dikongsi dengan adik-adik dan juga anak saudara..emak dan ayah pun terlebih-lebih excited merancang macam-macam..
By the way..hmmm seperti tahun-tahun sudah, mesti aku gigih nak buat jugak kuih raya walaupun dah banyak yang di beli...entahlah..sebab seronok kot dapat buat kuih raya..rasa cam puas hati sgt!
Oat cookies..tak berapa sedap sebab tawar..hehe tapi just nice..
Choc Chips Crisps..hmm ok lah...
Adunan untuk Oat mil cornflakes...
Part of the family..happy je mak tu..
Raya ke dua
Raya ke dua, buat aktviti yang tak pernah di buat sebelum ini iaitu beraya di Kuala Terengganu..memang gigih menempuh jam yang agak sengsara untuk melawat rakan-rakan di Kuala Terengganu...rumah pertama yang dilawati adalah rumah Dr. Hamdin di Tok Jembal, lepas tu rumah seorang rakan di Kg Petitir yang area Pulau Bahagia tu (yang ni jam yang amat hazab ya amat..tambah dengan surprise yang memang really-really surprise), lepas tu berkunjung ke rumah Mek Zai dan akhir sekali makan bersama Abby di Secret Recipe..huhu seronok dan amat-amat penat..balik je rumah rasa cam tido tak nak bangun-bangun! hahahha
Dr. Hamdin menyediakan mee goreng..sedap!
Sorry gambar shaky sikit..kesal!
Berkumpul di SR melepaskan lelah beraya! hahha
My fav...Vietnamese Noodle
Zan's meal..Chicken Pamigiano? ke apa ntah
Raya ke lima
Cuba buat satey..hmm tak sedap! Benci-benci-benci...ish berkali-kali buat tak jadi..rasanya dah try banyak resepi masih tak jadi-jadi..kenapa ek? hmm kena kerap lagi buat satey ni baru menjadi...
Satey beribu sesalan! kesal kesal...
Pagi esoknya pula, early early morning around 3 am, kena bersiap-siap untuk ambik Aizat kat Dungun and terus balik ke KT..sebab banyak jugak kerja yang perlu disiapkan sebelum semester bukak..so bila sampai KT..memang dah lapar sebab time tu dah kul 4 something..apa lagi..McD lah jawapnya...
hah! ambik family breakfast box...
Breakfast @McD could be the last thing I would ever do again!
Lepas breakfast terus balik and tido cam tak nak bangun je..penat kot..hahah...tapi jgan terkejut bila bangun je terus bersiap nak ke Mesra Mall nak tengok wayang..haha satu lagi kerja gila...tapi sebelum tu, singgah sebentar di Kedai Mek Yah Abang Joe untuk makan...
Makan cam ni pun dia charga RM16.00 mahal sungguh...what to do..
takde pilihan semua kedai lain tutup..but I promise this gonna be the
last time I visited this shop..no more!
yey..dapat tengok tengok The Expendables II and lepas tu Step Up!
So itu lah serba ringkas summary raya pada tahun 2012 ni...semoga jumpa lagi pada tahun hadapan...mungkin kah raya tahun hadapan sehappy tahun ini? insya allah..aku harap macam tu lah...raya mungkin tak bermakna tanpa org tersayang dan juga tanpa _______
I dont really like this baju melayu..hah paid so much to something I didnt really enjoy wearing it
No comments:
Post a Comment