Monday, July 2, 2012

Kopiah Buruk Warna Hijau

Saya ada satu kopiah warna hijau, dah buruk rupanya...kopiah ni di kait, dan bukan yang dibuat dari kain. Ia buruk dan berdebu, terperosok di belakang almari di rumah sewa saya di Chendering ni. Saya kurang pasti macam mana dia boleh berada di rumah ni. Semalam, semasa saya mencari-cari kopiah untuk sembahyang (tak pasti pulak kopiah yang biasa dipakai pegi mana), saya terpandang kopiah yang begitu sedih ni, kotor dan berdebu ni..alahai rasa bersalah terus datang...rupanya selama 5 tahun duduk di sini, di situ la tempat kopiah hijau ni duduk.

Rupa-rupanya sedar tak sedar, saya sudah bersama kopiah ni lebih dari 20 tahun. Saya tak ingat macam mana saya mempunyai kopiah ini, tetapi kopiah ini telah bersama saya dalam jangka masa yang begitu lama, dia bersama saya semasa saya di sekolah rendah, pergi mengaji, dia bersama saya semasa saya duduk di asrama sekolah menengah dan sekarang, walaupun sudah bekerja, dia masih lagi bersama saya.

Lamanya kopiah ni berkhidmat untuk saya. Saya pernah membenci kopiah ini semasa saya kecil dulu disebabkan kepala saya yang kecil dan kopiah ini agak bersar dan dia stretchable, but now it suits me well considering my head is big, provided with the big hair. hahaha so my dear readers, I'm introducing my lovely 20 years old kopiah. From now on, I will be using it back to pray in the house.

To Kopiah Hijau, thank you for being so loyal to me. :)

No comments:

Post a Comment