Friday, October 7, 2011

Ikan Keli Halal dan Haram

Tadi ada peluang masuk forum cari.com.my saje nak cari bahan baca sementara nak tido petang...tersinggahlah kat satu thread ni yang membincangkan mengenai ikan keli halal dan haram. Pelikkan...ye la asalkan ikan mostly kita akan ingat ikan tu semua halal la ye...tetap, baca tu for further understanding.

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

So beringat-ingat la ye kalau nak beli ikan keli kat pasar tu...saya suka jugak makan ikan keli. Masih ingat lagi masa kerja kat hotel dulu..antara lauk kegemaran saya di staff cafe adalah ikan keli goreng cili dan juga eggplant yang di goreng juga bersama cili...fuhhhh memang terangkat..but now it's no longer my fav fish sebab ada penah terdengar my friend termakan ikan keli yang sudah ada ulat di kepalanya...erkkkk tambah tambah kalau tertengok National Geographic cite pasal ikan keli di lembah Mekong...lagi geli sebab ikan ni makan semua benda termasuk menelan manusia....erkkk geli dowh...

No comments:

Post a Comment