Aku memulakan kerja secara rasmi hasil daripada recommendation teacher syarifah yang ku kenal semasa practical di Tanjong Jara Resort. Dia berusaha supaya aku ditempatkan di YTL-College of Hotel Management. Dia dan Bernice gigh membantu aku menyesuikan diri dalam suasana kerja. Of course aku bangga kerana aku berjaya mendapat kerja sebelum habis belajar dan sudah memperolehi gaji bila mana rakan-rakanku yang lain masih mencari kerja.
Hasil daripada pertolongan teacher dan Bernice, aku menanam tekad bahawa suatu masa nanti aku akan membantu rakan-rakan ku yang lain untuk mendapatkan kerja. Aku telah diberi peluang, so why not aku memberi peluang kepada yang lain. Itu yang aku fikir pada masa itu. Dengan cita cita tersebut beberapa rakanku yang pada masa itu masih belajar bekerja di hotel tempatku bekerja. Walaupun HR tau bahawa mereka hanya ingin berkerja sementara dan ini salah bagi polisi hotel tersebut. Tetapi kerana rakan-rakan, aku counting perkara ini dengan alasan hotel sibuk dan perlukan pekerja yang ramai.
Seorang kawan lulusan ijazah perakaunan mencari kerja dan kebetulan di Finance Department sedang mencari Account Officer. Tanpa membuang masa, aku terus maklumkan kepada dia untuk datang interview. Nampaknya hampir diterima bekerja tetapi malang dia tidak berminat. Seorang lagi kenalan lulusan perakaunan mencari kerja. Ada jawatan kosong di cawangan Bukit Bintang. Dia berjaya mendapat kerja tersebut tetapi berhenti setelah 3 bulan bekerja.
Seorang kawan ingin memberi peluang aku bekerja di companynya dengan gaji yang tinggi sedikit daripada kerja sekarang. Aku datang untuk interview dan diterima bekerja. Malang sungguh kerana pada waktu itu aku belum tandangan offer letter dan cabut lari setelah mendapat offer yang lain, kali ini offer yang lebih baik dan bekerja di Terengganu. Tetapi sebelum aku cabut, aku memberi peluang kerja tersebut kepada kawan yang masih menganggur. KYT memberi peluang aku bekerja sebagai seorang pensyarah. Bila mana 6 bulan selepas itu, aku diberi peluang untuk berkhidmat dengan UiTM.
Tiba-tiba one fine day, aku terjumpa Bernice di Tanjong Jara Resort ketika membawa kawan bersiar-siar di sana. Bernice mencari seorang pegawai HR untuk Tanjong Jara. Tanpa berlengah aku menghubungi seorang kenalan rapat yang sedang mencari kerja. Dia berjaya mendapatkan kerja tersebut dengan gaji yang agak lumayan. Alhamdulilah. Tambah seorang lagi share di akhirat kelak.
Memang seronok kerana dapat membantu rakan-rakan menggapai impian atau sekurang-kurangnya dapat mencari mencari sesuap rezeki. Kadang-kadang aku bertanya sendirian, kalau aku mencari kerja kelak, adakah akan ada insan yang prihatin terhadapku. Of course aku tidak boleh mengharapkan bantuan aku selama ini dibalas. Tetapi hati kecil ini sekadar bertanya, adakah aku akan diberi peluang, seperti mana rakan-rakanku yang diberi peluang?
No comments:
Post a Comment