Alhamdulilah...setelah hampir setahun merancang dinner ni dengan pelbagai dugaan yang datang...baik dari segi kertas kerja yang banyak kali kena rejectlah...beberapa kali kena tangguhlah dan macam-macam halangan akhirnya impian menjadi kenyataan jugak. Rasanya dah setahun merancang dinner ni, tapi baru semester ni menjadi kenyataan. Tujuan buat dinner selain nak celebrate semua pensyarah juga tak dilupakan untuk memberi penghargaan kepada semua pensyarah yang telah bertungkus lumus bekerja selama ini.
BTW, dinner ni adalah julung-julung kali diadakan di sini. Selama 8 tahun UiTM Kuala Terengganu beroperasi tak pernah sekalipun dinner pensyarah diadakan secara rasmi. Dinner tu banyak sangat dinner..satu semester tu 3-4 kali dinner..Dinner MAKA lah, Dinner Fakulti lah..Dinner Kelab lah...jadi yang betul-betul dinner kumpulkan semua pensyarah tak pernah di buat. Jadi alhamdulilah, impian menjadi kenyataan. Tema dinner kali ini adalah "Klasik dan Melayu Tradisional". Jadi pakaian mestilah ikut tema ramai pulak yang jadi Hang Tuah, Tun Teja, Tun Mamat..yang penting semua sporting dan melaram bukan main!
Lepas ni kebanyakkan daripada kami akan membawa haluan masing-masing. Ramai yang sudah dan akan berpindah kampus. Paling terkesan apabila dinner ini diadakan tanpa rakan-rakan tersayang dari Fakulti Art & Design. They were supposed to be here, to celebrate it with us. Tapi nak buat camana...semuanya dah berpindah kampus. Saya dan beberapa orang rakan-rakan yang dari FPP juga akan berpindah kampus ke Dungun, semester akan datang, for good. Jadi dinner ini adalah farewell untuk semua sebenarnya. Rakan-rakan dari Fakulti Sains Gunaan juga akan beransur berpindah ke kampus-kampus lain. huhuh sedihnya!
Tapi sedih macam mana pun, life goes on. Hidup perlu diteruskan juga demi sesuap nasi. Hampir 9 tahun saya berada di Chendering, akhirnya pulang jua ke Dungun. Harapan mau aje pencen di Chendering, tetapi perancangan Allah lagi hebat daripada perancangan kita. Semoga kita semua tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Hijrah itu adalah baik dan bagus untuk kehidupan. Maka berhijrahlah kita semua ke tempat yang lebih baik hendaknya. Insya allah.
Jom kita tengok gambar. Gambar2 lain akan di update kemudian hokkey..yang ni semua dari gambar HP aje. Photos credit: Kak Tie HEA, Kak Farizawani and from various persons.
 |
Kita makan dululah sebelum rehearsal or hias hias dewan |
 |
First time makan nasi daun pisang kat Sumai Hotel ni..sedap, banyak dan murah! Wajib pergi lagi next time |
 |
Dewan ni kami tak hias pun..pihak hotel yang sediakan..lawa kan? |
 |
Yang ni kami yang hias..lawa tak lawa tak? |
 |
Krew hias photobooth |
 |
Posing sikit sebelum event start..eh mcm kurang something je?? |
 |
Oh kurang spotlight rupanya...dah letak baru naik seri siki..kalau ada byk spotlight lagi meriah |
 |
Bersilat pembuka acara |
 |
Artis dan juga rakan duet yang tak jadi berduet |
 |
Penyanyi import khas dari Kota Bharu |
 |
Macam gangster china kachung lombong bijih timah zaman dulu je |
 |
Oklah nak balik dah..terima kasih semua |
Dengan ini berakhirlah sudah dinner yang julung julung kali diadakan. Walaupun kita semua dah tak bersama lagi pada semester hadapan namun ikatan ukhwah atas dasar persahabatan adik kakak dan abang mesti juga diteruskan.
Sekian terima kasih.