16
May 2015
Pagi-pagi lagi dah
bangun...memanglah pagi sangat around 4 am kot sebab nak sembahyang
subuh..kalau bangun pukul 6 pagi umpama sembahyang dhuha je lah sebab Sabahkan
cerah awal dari semenanjung. Lepas sembahyang je terus kemas-kemas bag
sebab ketua deligasi cakap kena kemas bagi dan bahagi ke beberapa
bahagian. Satu bahagian yang nak tinggal kat stor kat sini di mana
barang-barang tu memang kita takkan pakai kat atas gunung sana. Satu lagi
bahagian adalah barang-barang yang akan kita guna kat atas gunung dan akan di
bawa oleh porter dan satu bahagian lagi adalah barang-barang yang kita sendiri
akan galas dan isi dengan keperluan sepanjang pendakian kita nanti macam nak
letak air mineral ke..tuala kecik ke..dan lain-lain keperluanlah.
 |
View waktu pagi..berkumpul dulu ramai-ramai sebelum breakfast |
 |
Ceria di pagi hari..sebelum mendaki memang ceria |
 |
Harry Porter |
 |
Terengganu BAR - tapi ada jugak yang bukan lawyer terselit selit hehehe |
 |
Kinabalu dari kejauhan |
Lepas kemas-kemas
semua tu, kami berkumpul sekejap sebelum pergi breakfast. Makanan memang
terlajak sedap..sangat sedap kalau tak kerana nak mendaki harus lepak kat
restaurant ni lama-lama...cuaca pulak memang nyaman..tambah tambah dapat
menghirup teh 0 memang syiok lah! So lepas makan kami beramai-ramai
berkumpul untuk menyimpan bag di stor dan juga menyerahkan bag-bag yang akan
diangkat oleh porter. Harga mengangkat bag adalah RM10.00 per kilo.
Kalau bajet takde, kurangkan letak barang. Masa ni jugak adalah proses
untuk mengenal porter dan juga proses untuk buat permit mendaki. Alah
permit tu macam kad pekerja je cuma dia orang rekodkan pendakian kita, manalah
tahu takut terjadi apa-apakan, senang diaorang nak kesan kita tambahan sebagai
bukti bahawa kita mendaki dengan kebenaran pihak berwajib. Gitulah lebih
kurang.
 |
Kumpul-kumpul bag untuk di timbang.. |
 |
Busy body pulak aku kat situ |
 |
Kat dalam lodges tu ada stor untuk kita simpa barang-barang yang tak diperlukan di Laban Rata |
 |
Information board semua ada kat sini kalau rajin sila baca |
 |
Lepak-lepak menanti proses timbang dan lain-lain |

Lepas semua dah
settle kami pun di bawa dengan menaiki van ke kaki gunung ataupun lebih
dikenali dengan nama Timpohon Gate. Timpohon Gate ni dengan erti kata lain
adalah laluan masuk dan keluar untuk mendaki gunung kinabalu. Excited dan
berdebar semuanya bercampur baur.
 |
Tengah tunggu giliran untuk naik van |
 |
Ini lah Timpohon Gatenya |
 |
Dalam 1KM pertama - seiring sejalan lagi... |
Pengalaman mendaki
seorang diri adalah priceless..ketika berseorangan kita akan dengar macam-macam
bunyi rimba seperti burung dan serangga. Deru angin menyisir daun-daun
pokok memberi bunyi yang mendamaikan. Sesekali cuaca berubah gelap
menakutkan dan sesekali air akan menitis mungkin wap awam. Semasa
mendaki, sumpah saya tak tahu pukul berapa saya akan sampai atau adakah saya
tidak akan sampai langsung memandangkan trail pendakian terus meninggi dengan
track yang berubah mengikut ketinggian. Ada yang berbatu merah, ada yang
berbatu macam batu sungai tu...ada juga terpaksa mendaki anak-anak tangga yang
di buat untuk memudahkan pendakian. Bentuk muka bumi amat amatlah berbeza
dengan training sendu saya memanjat Bukit Besar...aish nak menangis
rasanya...tapi kena kuatkan semangat sebab bila dah berseorangan macam ni..you
only rely to yourself. Guide ada juga menjenguk sekali sekali..lepas
tu hilang lepas tu datang balik. Lucu pun ada juga bila difikir-fikirkan.
 |
Baru 1 KM berjalan..letisang wase |
|
 |
Baru 2.5 km berjalan..masa ni dah berjalan sorang diri |
|
|
Pendakian harus
diteruskan..lebih parah bila air minuman semua dah habis..camana
ni....terpaksalah menahan dahaga...ramai pulak yang offer minuman..tapi hmmm
selalu je tak boleh nak kongsi air dengan orang jadi...tak pe la..biar je la
dahaga nak buat camana. Sambil sambil menghayati keindahan alam tu tiba
tiba nak termuntah pulak....adoi..ni mesti sebab batuk berterusan tak
sembuh-sembuh di tambah dengan tekak kering...dua kali muntah..mujur takde
orang time muntah tu..kalau tak malu jugak!
 |
Gigih porter ni bawak tilam dari Laban Rata turun ke bawah |
 |
Porter ni plak angkut makanan untuk supply ke Laban Rata mungkin berat dalam 10-15 kilo |
Akhirnya, selepas
hampir 8 jam mendaki, sampai lah saya ke Laban Rata....mata terpana sekejap
bila tengok pemandangan yang menakjubkan..rasa macam tak percaya bahawa di
depan saya adalah Gunung Kinabalu! oh God..tapi seriously..masa baru sampai ni
mati-mati saya insaf bahawa saya takkan mendaki esok pagi untuk ke puncak
gunung..sumpah! Lepas duduk rehat sekejap melepaskan lelah sambil membebel kat
diri sendiri yang mencari bahana, contact kawan-kawan yang dah sampai dan dia
orang suruh terus ke cafe untuk dinner. Sampai kat cafe, ketua kontijen
Abg Roy dan Abg Ubai setia menunggu! Menunggu dengan penuh gelakkan..haa
gelaklah gelak! Memang masa tu mati mati bagi tau pada Abg Roy dan Abg Ubai
memang sumpah taknak daki dah gunung dan memang sumpah la esok takkan join
korang daki sampai ke puncak...
 |
Cantik tak view? |
 |
Saya di sambut di Laban Rata dengan cuaca yang amat baik..kata sorang climber tu..awak bertuah sampai je cuaca cerah..biasa berkabus susah jgk nak tgk view yang clear lagipun hari dah petang. |
Tengah-tengah
mengisi perut yang kosong tu campur minum teh sabah bercawan-cawan baru lah
sampai ahli yang terakhir, Kak Tie dengan Kak Ros...ops...tak sengaja pulak
saya tinggalkan dia orang berdua...semalam dah janji nak jalan sama-sama
rupanya janji dicapati..ya ampun sangat-sangat kak Ros and kak Tie..tak sengaja
sebenarnya. Lepas mengalas perut, kami di bawa ke chalet 5 bintang kami
untuk berehat dan bermalam. Tak tahu plak yang chalet ni jaraknya bukan
main jauh dari restaurant tu...200 meter kot..or lebih..jalan lagi..naik turun
tangga lagi..kaki dah cramp dah ni..tak sabar nak baring-baring (dengan harapan
dapat berehat dalam bath tab dan berendam dalam air suam).